BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan bawal (Ikan lain pun boleh)
6 sudu besar serbuk kari ikan Rempah O
2 tangkai daun kari
air asam jawa
1 mangkuk santan
sedikit air
2 biji tomato
sayur bendi
1 biji cili merah
garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMISAN

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur

CARA-CARA

  1. Bancuh serbuk kari sedikit air.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan hiris nipis dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk rempah tadi. Masak sehingga rempah pecah minyak. Tambah sedikit air dan teruskan masak sehingga pecah minyak lagi sekali. Biarkan lama sikit pun takpe. Biar harum bau serbuk kari tu.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan air asam jawa dan ikan.
  6. Tutup sekejap kuali supaya ikan masak sedikit.
  7. Masukkan santan, sedikit air, tomato dan  sayur bendi . 

TIPS

Untuk masak kari yang sedap, rempah harus ditumis sehingga betul-betul masak. Cara untuk pastikan rempak masak ialah dengan tumis sehingga rempah pecah minyak, kemudian tambah air beberapa kali dan masak sehingga rempah pecah minyak pada setiap kali selepas tambah air.