Resepi Puding Marble Sukatan Cawan - ResepiPuding.Com


BAHAN-BAHAN


25gm serbuk agar-agar

1350ml air

450gm gula

100gm mentega

8 biji telur (boleh kurangkan jika suka)

1 tin susu sejat ideal

2 sudu besar tepung kastard

2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar air panas, kacau rata / coklat emulco

2 sudu kecil esen vanila

Pewarna coklat dan kuning

Daun pandan


Loyang 9" - dibasahkan terlebih dahulu


CARA-CARANYA

  1. Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Tutup api, keluarkan daun pandan.
  2. Satukan susu sejat dan tepung kastard, kacau hingga tidak bergentel. Masukkan ke dalam blender bersama telur. Kisar sekejap, kemudian tapis.
  3. Masukkan ke dalam agar-agar yang dimasak tadi, buka api dan masak sekejap. Kacau hingga rata. Tutup api dan masukkan mentega kacau hingga mentega larut. Angkat dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  4. Bahagian pertama dimasukkan pewarna kuning dan bahagian kedua di masukkan pes koko.
  5. Ambil satu senduk warna kuning, tuang ke dalam loyang, di ikuti satu sendok warna koko tuangkan di atas warna kuning tadi, ulang melapis berselang seli hingga habis.
  6. Apabila menuang adunan, pastikan tuangan rendah hampir kepada lapisan sebelumnya kerana apabila adunan semakin menebal di dalam loyang, coraknya akan bercampur. Tuangan tinggi akan merosakkan corak marble atau pelangi tadi.


*Bagi membuat warna pelangi, bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna yang berlainan. Tuang adunan berselang seli warna sehingga habis.